27 September 2012

Ubat-ubatan Yang Mengganggu Penurunan Berat Badan dan Penurunan Berat yang Perlahan


Ubat-ubatan Yang Mengganggu Penurunan Berat Badan

Jika anda mengambil SD2 ataupun apa sahaja jenis diet yang anda lakukan, dan masih mengalami masalah untuk menurunkan berat badan; maka jangan lupa melihat bahan-bahan yang terkandung didalam ubat-ubatan yang anda ambil.

Diantara ubat-ubat yang perlu anda perhatikan adalah:-
  1. Antidepressants, terutamanya didalam kategori SSRI (selective serotonin reuptake inhibitors). SSRI mempunyai kesan sampingan yang akan mengakibatkan susah tidur, anxiety, gemuruh, pening kepala dan ketagih karbohidrat. Banyak ubatan yang telah lama dipakai untuk rawatan psycothropic (tricyclic antidepressants) juga menyebabkan kenaikan berat badan. 
  2. Estrogen dan juga kebanyakan HRTs (hormone replacement therapies) termasuk ubat perancang kehamilan akan mengakibat kenaikan berat badan dan menghalang penurunan berat badan. Kebanyakan hormone yang diambil akan mengkibatkan penguasaan estrogen didalam badan dan menghalang insulin serta mengganggu penurunan berat badan. 
  3. Ubat untuk penyakit darah tinggi.Terutamanya diuretics yang juga dikenali sebagai beta-blockers, yang menyebabkan penghalang kepada penurunan berat badan. Apabila berat badan anda turun, selalunya tekanan darah akan menjadi lebih baik dan doktor anda perlu mengurangkan ubat penyakit darah tinggi supaya tidak over-dose.
Berhubunglah dengan doktor anda untuk mencari alternatif kepada ubat-ubatan diatas termasuk juga steroids, NSAIDs dan statins yang juga boleh menghalang penurunan berat badan anda ketika berdiet. ANDA TIDAK DIMINTA UNTUK BERHENTI  ATAU MENGURANGKAN UBAT-UBATAN TERSEBUT MELAINKAN SETELAH MENDAPAT NASIHAT DOKTOR ANDA.




Bersedia  Untuk Menghadapi Penurunan Berat Yang Perlahan Atau Plateaus

Tidak ada satu orang pun didalam dunia ini yang melalui proses penurunkan berat badan  yang tidak menghadapi langsung perkara ini. Kita kena faham bahawa ini sebenarnya adalah perkara yang semulajadi yang akan berlaku bila kita ingin menurunkan berat badan.

Fikirkan perkara ini sebagai  satu cara badan kita ingin menyesuaikan diri dengan gayahidup yang baru, seperti butang reset kepada sebuah thermostat. Plateas atau penurunan berat yang perlahan boleh berlaku disebabkan bermacam-macam perkara tetapi yang lebih penting adalah apabila ianya terjadi dan akan berlaku kepada anda; adakah anda cukup bersedia dan dapat menghadapinya dengan baik supaya anda tidak terhumban terus dari diet yang sedang anda lakukan.

Oleh itu apabila anda mula berdiet, adalah sangat penting dan pastikan yang anda akan dapat bantuan serta nasihat yang betul sebagai persediaan kita berdiet serta dalam fasa-fasa berdiet selanjutnya.



credit to En. Kamarul Nordin blog's







No comments:

Post a Comment

Komen le lagi yer..

syma beauty skincare murah