26 September 2012

AKU TAK NAK GEMUK/ OBESITI - Penyuntik semangat


Coretan ini mungkin menyentuh hati bagi yang memahami dan bagi senasib dengan diriku ini. Biar pun pada zahir nya aku kelihatan riang gembira tetapi seringkali perasaan aku di 'buli' oleh masyarakat. Biarpun ianya kelihatan 'biasa', penanggungan ini menjadikan aku hilang keyakinan. Perasaan malu dan marah menjadi mainan harian. Dalam tak sedar aku sentiasa dimalukan dan kadang-kadang aku menjadi marah. Marah aku tersimpan ! Apatah lagi hakikat dan kenyataannya adalah benar ! Ya .. aku OBES !

Aku bukan dari golongan berada tetapi dibesarkan di dalam negara yang serba makmur. Ayah Ibu ku amat sayang padaku. Apa saja yang aku inginkan pasti disediakan. Makan minumku tak pernah kurang. Tak pernah aku menyalahkan bagaimana aku dibesarkan. Aku menjadi 'montel semenjak di bangku persekolahan. Bajuku sentiasa ketat kerana saiz badan yang cepat membesar. Badan ku sentiasa berpeluh lantaran pergerakan yang memerlukan tenaga yang banyak. Aku cepat penat.

Masa berlalu begitu pantas, dan aku bernasib baik.. jodoh dipertemukan Tuhan dengan seorang lelaki yang sangat aku sayangi. Suamiku memahami naluri aku, keinginan untuk bergembira dan beraktiviti. Terasa kudratku agak terbatas disebabkan saiz badan yang agak besar. Sekali sekali, suami menyebut dan menasihat supaya aku kawal pemakanan. Ah.. lagi lagi nak komen tentang aku 'gemuk' ! Aku cukup tersentuh ! Tersentuh yang amat sangat, apa lagi kalau komen ini datang dari insan tersayang. Selepas melahirkan anak tahun lepas, berat badan ku semakin bertambah. Aku semakin runsing.

Ahhhh.... teman sepejabat telah menjadi biasa untuk mengusik fizikal aku yang besar ini. Setiap kali ! Setiap kali ! Aku jadi menjadi bahan ! Kadang kadang, mahu saja aku tampar muka mereka ini. Yang permainkan aku ini pun badan tak lah kurus sangat... tapi kenapa aku yang selalu menjadi ejekan. Mungkin mereka tidak faham perasaan ini. Wahai teman teman, aku ini menanggung derita. Derita membawa bebanan berat badan yang melebihi 100 kg ini. Doktor telah memberi amaran, risiko kesihatan yang bakal aku alami. Lutut ku sentiasa berdenyut. Sakitnya sendi lutut ini. Melihat anak anak tangga, aku jadi phobia. Aku juga bimbang kalau aku jatuh sakit semasa anak-anak ku ini masih kecil. Berbagai bayangan buruk bermain difikiran ini.

............... Setahun berlalu.. aku luahkan perasaan ini kerana ada insan lain yang senasib dengan ku..........

Hari ini aku MERDEKA dan aku mahu terus Merdeka ! Hari ini aku telah buktikan bahawa aku mampu mengubah hidupku. Aku bukan lagi bahan ejekan. Semuanya tertanya-tanya, apakah rahsia aku mengurangkan berat badan. Aku berterimakasih kerana dipertemukan dengan 'Kak T' yang memahami situasi aku. Kata-katanya memberikan ku semangat ! Dia yang baru kenal bagaikan sahabat lama. Aku yakin dengan harapan yang diberikan. Kita ini semua nya manusia biasa. Kita mampu merubah kehidupan ini. Tidakku sangka, aku mampu membuat perubahan hanya dalam tempoh tak sampai 3 bulan. Paling aku seronok, kini aku tidak lagi merasa sakit lutut untuk melangkah anak-anak tangga. Aktiviti semakin mudah dilaksanakan. Aku kini telah keluar dari kategori OBES. Penampilanku betambah yakin. Kata-kata ejekan berubah menjadi pujian. Aku BERSYUKUR ! Alhamdulilah.

Kawan-kawanku, bukan pujian yang aku harapkan tetapi kesedaran agar memahami penanggungan yang berat bagi mereka yang dikategori obesiti.

Aku bimbang kalau aku jatuh sakit semasa anak-anak ku ini masih kecil. Berbagai bayangan bermain difikiran ini.

Wahai insan-insan yang OBES, jangan lah berputus asa. Cari lah sahabat yang memahami. Selesaikan masaalah ini. Ianya bermula dengan diri anda. Kisah saya diharapkan boleh menjadi suntikan harapan bagi mengubah kehidupan anda.

DICOPY SEMULA OLEH AZERA


No comments:

Post a Comment

Komen le lagi yer..

syma beauty skincare murah