26 April 2012

OPIS DAN SEKOLAH

Salam semua...


Dah lama rasannya tak menulis dan update blog. bz kot or buat2 bz.... hehehe yg no.2 tu yg lebih kot... hmmm kat opis sekarang ok jek... rasa ok sangat untuk tahun ni. takde plak keributan yang melanda. belakang2 cite tu tak taulah sbb aku pun malas nak ambik tau sgt dah. 'akak' itu pun dah slow dah. okla kan so aku boleh keje n study dengan aman.


Alhamdulillah aku dah habis 1st semester di OUM, hmmm mula2 fikir kalau teruk result 1st semester ni aku nak berhenti belajar. hikhikhik tapi skrg even result lom keluar tapi aku rasa happy sangat belajar. disamping dapat tambah knowledge, dapat jugak aku isi masa lapang (banyak ko punya masa lapang kan ;-) keputusan assignment aku amat memberangsangkan. Alhamdulillah even ramai jugak yang kena detect playgiat tp result aku ok. OUM ni dia check assignment secara online dan bukan lecture yg mengajar yang check so bila kita hantar assignment tu akan terus masuk dalam sistem dan dia akan tau samada kita ada meniru atau tidak. kalau kita kena detect playgiat siapla kena potong markah... kadang2 yang kesiannya ada yang tak meniru pun cuma ayat mereka sama maybe sebab guna rujukan yang sama, itu pun dikira playgiat. Thats y la dia tidak di galakkan meniru bulat-bulat dari rujukan. So hmmm sapa kata belajar kat OUM senang??? Nak tau senang ke tak meh la masuk... hikhikhik


Masa aku mula-mula sambung belajar aritu ada yang tanya "napa akak sambung belajar? nak naik pangkat ke" huhuhu jawapan aku senang je, sebab nak buang masa... hehehe napa ek bila sambung belajar je orang fikir nak naik pangkat. hmmm belambak jer orang yang sambung belajar tapi tak dapat pun naik pangkat. Tapi semua tu bergantung kepada pemikiran dan sebab masing2. Tapi secara jujurnya aku sambung belajar sebab nak tambah ilmu dan nak naik gaji. kehkehkeh kot2 laa nanti 3,4 tahun lagi sapa ada kelulusan tinggi sikit leh naik gred sikit macam orang yang keje typist dari gred 11 dah naik 17 atau naik gaji je pun ok... ;-) tu pendapat aku jekla. sapa yang tak setuju jangan marah k.Lagipun aku rasa tercabar adik beradik aku majoriti belajar tinggi... so aku jek ngn angah aku malas nak sambung dulu. result spm pun takda lah teruk sangat cuma ada penyakit MALAS. Lagipun kalau kita ni kurang pendidikan ada je manusia yang suka pandang rendah.. huhuhu


Sebenarnya dah lama aku nak sambung belajar tapi mr. papa tak bagi.. tetiba tahun lepas aku mintak dia bagi plak. so cepat2 daftar. Alhamdulillah dia amat memahami lagipun my damia dah besar dan tak banyak kerenah. Hmm ada pulak yang tanya napa pilih OUM napa tak pilih U lain? Uitm ke... huhu sebab OUM je yang paling dekat 5 minit je dari umah kat Seksyen 7 Bangi tu, senang mr. papa nak ambik dan hantar... kalau kat shah alam ke jangan harap dia nak berulang. So fikir2 punya fikir ok apa kat OUM pun yang penting diikhtiraf oleh LAN dan JPA. Orang lain nak pandang rendah ke atau nak fikir apa terpulang lah kan yang penting mak jemah ok jek. hehehhe


Kat opis lak sekarang macam2 ada. Dengan 5'S nya, dengan ISO nya. Bos aku pulak lantik jadi juruaudit. Aduh kacau bilau. dengan nak studynya.. huhu study la sgt.. hikhik tapi oklaa semua tu dugaan dan dapat tambah ilmu. Lagipun ok apa bila orang percaya kat kita dan nak libatkan kita dengan aktivitu opis kan? kan? Apapun sangat bersyukur dengan apa jer.. sekarang nak redah je..apa yang mendatang just jalan terus even ianya berliku.. caiyok3! peace...

syma beauty skincare murah