04 January 2012

Tentang Dhia

Alahai aku rindu nak tgk cite ni.. Tabahnya Dhia mengharungi hidup dia. Boleh ke aku nak jadi insan setabah dia. Ye lah dalam berumah tangga ni tentu ada pasang surutnya. Takut jugak kalau kena duga sampai macam tu. Tambah2 kalau dapat mak mertua macam Ku Salmi ;(. Alhamdulillah la mak mertua aku ok je setakat ni. Ada sikit lebih kurang tu biasalah kan.


Cuma kadang2 sebagai manusia kita ni tak reti nak bersyukur. Dapat menantu baik, mak mertua pulak bermasalah, dapat mak mertua baik, menantu plak perangai tak siap.. Tapi bagi aku itu la sifat manusia ada macam2 ragam. kalau sama je semua perangai takde la pulak syurga neraka. betul tak?


Berbalik pada cerita Tentang Dhia nih, ramai yang tak setuju ending dia gitu, means takde pembalasan pada Ku Salmi. Rata2 nak tgk sesuatu yang buruk berlaku kat dia. Tapi kan kalau difikir secara mendalam, Kematian Zikir tu adalah pembalasan atau dugaan yang hebat bagi dia. Yer laa anak yang amat dia sayang pergi dan takkan kembali lagi...


Cinta sejati antara Dhia ngn Zikir buat aku terfikir ada ke lagi di zaman ini. Hmmm harap kebahagiaan aku dengan Encik Papa akan berkekalan hingga hujung nyawa, dunia akhirat. Encik Papa pun layan cite nih even dia bukan minat cite2 melayu gini. Tapi disebabkan aku n mak mertua memang layan cite ni terpaksa la dia ngadap. sekali ngn bapak mertua aku terjebak. Padahal abah tu tengok berita jek cite lain dia tak layan. Tp lately aritu dia yg tercangak dulu depan tv. kelakar tul. Itulah dia penangan TENTANG DHIA... layanzzzzz


No comments:

Post a Comment

Komen le lagi yer..

syma beauty skincare murah