06 January 2012

Lagu Kanak-kanak

Pejam celik, pejam celik umur damia dah nak masuk 2 tahun. Another 10 days. Huhuhu seronok sangat tengok dia membesar. Sekarang ni macam-macam kerenah dia nak kena layan. Yang paling tak boleh bla hari-hari nak kena nyanyi untuk dia. Semalam lagi pening aku, ada ke dia suh aku menari. Mak ai Damia agak2 lah kat halaman umah awak suruh mama menari. Pengsan orang tengok kang. Kuikuikuikui.............

Okla aku nak cuba ingat balik lagu apa erk yang dah aku ajar and selalu dia suruh aku nyanyikan;


Tepuk amai-amai
Tepuk amai-amai belalang kupu2
tepuk damia pandai malam ma upah susu
susu lemak manis, santan kelapa muda
Damia jangan menangis mama pergi kerja

Labah-labah
Satu labah-labah cuba panjat perigi
bila hujan turun, labah cepat lari
terbit mata hari, air tiada lagi
labah boleh panjat sekali lagi

Kambing Jantan (Lagu febret dia.. kuikuikui ;) )
Seekor kambing jantan
sedang meragut rumput 
tanduk bengkok ke depan 
di dagunya berjanggut
sang kambing takut hujan
bila sang hujan datang kambing pun cabut lari

Gajah
Ada seekor gajah di hutan sunyi
mencari kawan-kawan sambil menari
Lenggang lenggok ke kanan
Lenggang lenggok ke kiri
bushhhhhhhhh bushhhhhhhhhh bushhhhhh

Gosok Gigi
Bintang bulan di langit tinggi
Pokok banyak di atas gunung
bangun pagi gosok lah gigi
jangan suka duduk termenung


Okla setakat ni itu je aku ingat. lain kali aku sambung lagi. Daaaaaaaaaaaa

2 comments:

  1. wah...aku lagu2 melayu tak berapa tau sgt
    lagu2 english tuh cd kan byk...hehehehe

    ReplyDelete
  2. hahahha lagu english aku x hafal.. byk jugak. laki aku yg hafal n ajar anak dia.. huhu

    ReplyDelete

Komen le lagi yer..

syma beauty skincare murah