05 January 2012

Dendam... patut ke?

Selama aku hidup ni, aku mmg susah nak jumpa orang yang tidak berdendam. Berdendam ni tak bawa sebarang kebaikan pun. malah membawa kepada lebih banyak keburukan.Baiklah. aku akan cuba terangkan maksud dendam ikut pemahaman aku la. dendam adalah, satu perasaan. perasaan tak puas hati dekat seseorang setelah orang tersebut melakukan sesuatu yang horrible kepada diri kita. satu perasaan yang boleh juga dikatakan benci. 

cuba kita lihat kepada penyampai agama islam kita, Nabi Muhammad S.A.W. pernahkah beliau berdendam? walau sejahat mana pun abu jahal, orang quraisy mekah, dia tidak pun berdendam dengan diorang? malah mengampunkan dan menunjukkan kepada diorang jalan yang benar lagi. aku sangat respek dekat Nabi Muhammad. macam mana dia boleh ada hati yang sebegitu baik? Nabi Muhammad adalah contoh yang baik kepada kita. so, untuk tahun baru 2012 ni aku akan cuba berubah kearah yang lebih baik, berfikiran positif dan matang. sangat susah but i had and will try my best.


So aku kalau boleh nak berlapang dada dan tak nak menyakitkan hati orang lain lagi dan cuba untuk memaafkan. Tak taulah aku mampu ke tak. Sedangkan ada orang yg solat 5 waktu tak tinggal penuh dgn tawaddok, baca Al-Quran setiap hari. Boleh dikatakan bab agama ni terer la tapi  pendendam. Nauzubillah takutnya aku. Tapi sebagai manusia kita memang ada perasaan marah, sedih, suka, gembira. So harap sanga lepas ni aku mampu mengawal segalanya dengan baik..

Kepada sesiapa yang pernah terasa dengan aku, berkecil hati,  datanglah padaku dan nyatakan apa silapku supaya aku dapat memohon maaf padamu. Cewahhhh.... ;) Yerla kan  sebagai manusia biasa, selalu  kita rasa diri kita betul, orang lain semuanya salah... Kadang pulak kita terasa dengan perbuatan orang pada kita tanpa kita sedari perbuatan orang yang kita terasa tu pun kita ada buat pada orang lain.. so baikla kita muhasabah diri agar kita lebih berjaya dunia akhirat. Tanpa sekatan di Padang Masyar kelak... Yerla mana tau urusan kita dengan Allah swt settle tapi urusan kite sesama manusia pulak yang tak settle...

Peace yorrr ;)

No comments:

Post a Comment

Komen le lagi yer..

syma beauty skincare murah