18 July 2011

SUNTIK UNTUK 1 TAHUN 6 BULAN


Pada 14/7/11 haritu genaplah umur Faralia Nurdamia 1 tahun 6 bulan. Pejam celik pejam celik dah besar dah toncet mama. Alhamdulillah! So pagi tadi mama dengan encik papa bawak dia pergi klinik untuk check up. Mama boleh lupa plak hari ni Damia kena inject. Mula2 masa timbang, check tinggi n jumpa nurse ok lagi. Sekali kena masuk bilik injection, dia dah start menangis. Alahai sodihnye tengok muka dia.. Puas lak memujuk. pas kena inject tu lagi la kuat dia nangis tapi nasib baik kejap je lah. Then lebih kurang 9.15am dh balik. Klinik dekat je dengan umah.

Kat bawah ni aku nak cite sikit pasal Vaksin yang diambil tu.


Vaksin yang wajib diambil mengikut saranan kementerian 
BCG - dos pertama ketika lahir

Hepatitis B - dos pertama ketika lahir, dos kedua selepas sebulan dan dos ketiga selepas 5 bulan
DTP - dos pertama selepas 2 bulan, dos kedua selepas 3 bulan dan dos ketiga selepas 5 bulan
Polio (OPV) - dos pertama selepas 2 bulan, dos kedua selepas 3 bulan dan dos ketiga selepas 5 bulan
Hib - dos pertama selepas 2 bulan, dos kedua selepas 3 bulan dan dos ketiga selepas 5 bulan
Measles-mumps-rubella - dos pertama selepas 12 bulan, dos kedua selepas 6 tahun
Penyakit yang dapat dielak dengan vaksinasi
1. Tuberculois (TB ) – penyakit merebak melalui udara seperti bersin, batuk dan pernafasan. Ia menyebabkan masalah pada paru-paru dan mungkin juga memberi kesan pada tulang dan meninges(otak)
2. Hepatitis B - penyakit hati merebak daripada darah atau cecair badan lain seperti air liur, air kencing. Ia menyebakan kerosakan hati dan dalam jangka panjang boleh menjadi kanser.
3. Diphtheria – memberi kesan kepada sistem pernafasan disebabkan bacterium yang merebak melalui batuk dan bersin. Ia akan menghasilkan toksin yang menyebabkan komplikasi terhadap kegagalan jantung dan paralysis.
4. Tetanus (kancing gigi) – bakteria yang masuk ke badan akibat luka dalam, gigitan binatang, efeksi telinga, gigi dan tali pusat bayi atau calar yang kecil. Ia juga dikenali sebagai kancing gigi kerana gusi akan terkancing dan perlu rawatan di hospital. Jika tidak dirawat boleh menyebabkan kematian
5. Pertussis (batuk whooping) – bakteria mudah merebak melalui sentuhan, batuk dan bersin. Boleh menyebabkan keradangan pada paru-paru.
6. Polio – disebabkan oleh virus polio yang boleh merebak daripada mereka yang menghidapnya atau melalui makanan dan minuman yang tercemar. Ia boleh menyebabkan sakit otot dan lumpuh.
7. Penyakit haemophilus influenza jenis B (Hib) – disebabkan bakteria dipindahkan melalui udara. Jika paru-paru atau saluran darah tercemar, ia akan menyebabkan keradangan pada otak (meningitis)
8. Measles – disebabkan oleh virus yang disebarkan melalui pernafasan, batuk atau bersin. Menyebabkan keradangan paru-paru dan otak. Wanita mengandung juga perlu berhati-hati dengan penyakit ini kerana boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pra matang.
9. Mumps – disebabkan oleh virus dari keluarga virus paramyxo. Mudah tersebar melalui udara. Boleh menyebabkan keradangan otat, pekak atau kematian.
10. Rubella (german measles)– merebak melalui udara sama ada batuk, bersin atau pernafasan. Wanita mengandung juga perlu berhati-hati dengan penyakit ini kerana boleh menyebabkan komplikasi ketika mengandung.

ambil kt sini nonaku.com

No comments:

Post a Comment

Komen le lagi yer..

syma beauty skincare murah