25 July 2011

KUIH PINTAL BILIS


Sedap, enak, rangup. Rasa bilis dalam tepung.


Hai kawan-kawan. sape yang nak order kuih ni untuk raya bolehla call saya yer. Msg pun boleh. 


zera - 03-88833462 


Sebalang - RM12 (350g)
3 balang - 1.05kg - RM35


Kawasan Putrajaya, Kajang, Bangi. 
Kalau di luar kawasan saya boleh pos tapi kos anda tanggung yer.

18 July 2011

SUNTIK UNTUK 1 TAHUN 6 BULAN


Pada 14/7/11 haritu genaplah umur Faralia Nurdamia 1 tahun 6 bulan. Pejam celik pejam celik dah besar dah toncet mama. Alhamdulillah! So pagi tadi mama dengan encik papa bawak dia pergi klinik untuk check up. Mama boleh lupa plak hari ni Damia kena inject. Mula2 masa timbang, check tinggi n jumpa nurse ok lagi. Sekali kena masuk bilik injection, dia dah start menangis. Alahai sodihnye tengok muka dia.. Puas lak memujuk. pas kena inject tu lagi la kuat dia nangis tapi nasib baik kejap je lah. Then lebih kurang 9.15am dh balik. Klinik dekat je dengan umah.

Kat bawah ni aku nak cite sikit pasal Vaksin yang diambil tu.


Vaksin yang wajib diambil mengikut saranan kementerian 
BCG - dos pertama ketika lahir

Hepatitis B - dos pertama ketika lahir, dos kedua selepas sebulan dan dos ketiga selepas 5 bulan
DTP - dos pertama selepas 2 bulan, dos kedua selepas 3 bulan dan dos ketiga selepas 5 bulan
Polio (OPV) - dos pertama selepas 2 bulan, dos kedua selepas 3 bulan dan dos ketiga selepas 5 bulan
Hib - dos pertama selepas 2 bulan, dos kedua selepas 3 bulan dan dos ketiga selepas 5 bulan
Measles-mumps-rubella - dos pertama selepas 12 bulan, dos kedua selepas 6 tahun
Penyakit yang dapat dielak dengan vaksinasi
1. Tuberculois (TB ) – penyakit merebak melalui udara seperti bersin, batuk dan pernafasan. Ia menyebabkan masalah pada paru-paru dan mungkin juga memberi kesan pada tulang dan meninges(otak)
2. Hepatitis B - penyakit hati merebak daripada darah atau cecair badan lain seperti air liur, air kencing. Ia menyebakan kerosakan hati dan dalam jangka panjang boleh menjadi kanser.
3. Diphtheria – memberi kesan kepada sistem pernafasan disebabkan bacterium yang merebak melalui batuk dan bersin. Ia akan menghasilkan toksin yang menyebabkan komplikasi terhadap kegagalan jantung dan paralysis.
4. Tetanus (kancing gigi) – bakteria yang masuk ke badan akibat luka dalam, gigitan binatang, efeksi telinga, gigi dan tali pusat bayi atau calar yang kecil. Ia juga dikenali sebagai kancing gigi kerana gusi akan terkancing dan perlu rawatan di hospital. Jika tidak dirawat boleh menyebabkan kematian
5. Pertussis (batuk whooping) – bakteria mudah merebak melalui sentuhan, batuk dan bersin. Boleh menyebabkan keradangan pada paru-paru.
6. Polio – disebabkan oleh virus polio yang boleh merebak daripada mereka yang menghidapnya atau melalui makanan dan minuman yang tercemar. Ia boleh menyebabkan sakit otot dan lumpuh.
7. Penyakit haemophilus influenza jenis B (Hib) – disebabkan bakteria dipindahkan melalui udara. Jika paru-paru atau saluran darah tercemar, ia akan menyebabkan keradangan pada otak (meningitis)
8. Measles – disebabkan oleh virus yang disebarkan melalui pernafasan, batuk atau bersin. Menyebabkan keradangan paru-paru dan otak. Wanita mengandung juga perlu berhati-hati dengan penyakit ini kerana boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pra matang.
9. Mumps – disebabkan oleh virus dari keluarga virus paramyxo. Mudah tersebar melalui udara. Boleh menyebabkan keradangan otat, pekak atau kematian.
10. Rubella (german measles)– merebak melalui udara sama ada batuk, bersin atau pernafasan. Wanita mengandung juga perlu berhati-hati dengan penyakit ini kerana boleh menyebabkan komplikasi ketika mengandung.

ambil kt sini nonaku.com

04 July 2011

GEAR

Di sebuah bengkel membaiki motosikal milik Ah Seng.

Pak Cik : Ah Seng, hang tolong tengok motor aku. Aku baru beli bulan lepas, dah mula rosak.

Ah Seng : Aiyaa...Ini balu punya motosikal, sudah kasi losak ka.

Pak Cik : Ya la, Ah Seng. Talak guna punya tawkeh kedai jual motor. Dia bikin tipu la Ah Seng.

Ah Seng : Kenapa lu kata itu macam?

Pak Cik : Ini motor ada EMPAT gear, baru satu bulan aku guna GEAR SATU dan rosak. 

Ah Seng : Kenapa lu guna satu gear sahaja.

Pak Cik : Hang pun nak tipu aku jugak ke... Kalau guna semua gear nanti semua gear akan rosak. Jadi aku guna satu je gear sebulan ...

Ah Seng : Guna satu gear saja satu bulan ka ...

Pak Cik : Ya la ... pergi baiki gear satu dulu. Gear dua aku nak guna tahun depan..

02 July 2011

UBAT KURUS

Seorang wanita yang sangat gemuk pergi berjumpa doktor.
Wanita: “Dok, ubat apa yang harus saya minum supaya boleh kurus?” 


Doktor: “Oh, anda tidak perlu minum ubat, cukup geleng-geleng kepala saja!”


Wanita: “Bila saya harus geleng-geleng kepala dok? Pagi, siang, petang, atau malam?”


Doktor: “Cukup ketika ada orang yang mempelawa anda makan saja!”


01 July 2011

KASIH IBU

Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" ibu muda yang baru bersalin itu
bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat.

Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu.Si ibu
menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah 
comel
itu, ciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada di pangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak
sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat
bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.

Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti 
sehingga
bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan
pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu...

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu
yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu
bagaimana dia ejek rakan-rakan. "Mereka kata saya cacat," katanya 
kepada
si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat.
Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang
pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak
tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak-kanak
itu bertemu doktor. "Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,"
kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang
sanggup berkorban.

Setahun berlalu...

"Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah
mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan," kata
si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai
manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa
rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok,
bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an,
si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

"Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah 
penderma
telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak
berkali-kali."Tak mungkin," balas si ayah. "Perjanjian antara ayah
dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba."
"Bila?" tanya si anak.

"Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya
mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun
lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi 
keranda
ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping
telinga ibunya tiada.

"Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke
telinga anaknya. "Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia
tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang
pernah ayah temui. Tak percaya... tanyalah pada sesiapa pun 
kenalannya."


Ps : Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati.
Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi
pengorbanan tanpa diketahui.


Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa
minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan
bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah SYURGA DI BAWAH
TELAPAK KAKI IBU, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi
hayatnya ada, curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya, 'love u mom'

credit to email yahoo..

syma beauty skincare murah