16 June 2011

Tanggungjawab

“Setiap orang dari kamu adalah pemimpin, dan kamu bertanggungjawab atas kepimpinan itu”.(Hadith riwayat Shahih Bukhari – Muslim)

“Anda tidak boleh lari dari tanggungjawab hari esok dengan menghindarinya pada hari ini”.(Abraham Lincoln)


Berat rasanya aku nak cakap pasal benda ni sebab aku sendiri pun mungkin kadang2 payah nak pikul tanggungjawab.  apa itu lempar batu sembunyi tangan”?. ianya adalah Sebuah peribahasa yang bermaksud seseorang yang tidak berani bertanggungjawab atas perbuatannya sendiri, sehingga dia membiarkan orang lain menanggung beban tanggungjawabnya. Boleh juga diertikan sebagai seseorang yang lepas tanggungjawab, dan suka mencari “kambing hitam” untuk menyelamatkan dirinya sendiri dari perbuatannya yang merugikan orang lain.


Nape ek aku nak buat entry pasal ni? Hmmm sebenarnya saja suka2... Sebagai iktibar pada aku jugak.


situasi kat bawah ni bolehlah kita bagi contoh kepada nilai2 yang tiada sifat tanggungjawab.


Joyah dah pindah. dalam nota serah kerja, semua settle. Tapi bila muthu yang ganti tempat dia duduk kat situ baru lah segala tembelang joyah pecah. selama ni apa yang joyah buat ek? Sebab muthu kecoh dok cari fail yang lepas tapi tak jumpa. Joyah pulak tak pernah nak share kerja dia dengan orang lain. Bila Muthu  email joyah tanya tentang fail2 yang dikehendaki, joyah boleh cakap 'saya lupa'. 


Nasib baik Muthu tak menggelabah nak marah-marah tak tentu pasal. Dia dan kawannya pun terpaksa ikhtiar sendiri. So kesudahannya tak taulah dapat ke tak maklumat berkenaan fail tu.... ( mungkin dh jumpa mungkin belum sebab cite ni rekaan kan? kan? ;)


but kalau cerita kat atas ni betul2 kejadian korang boleh fikir tak agak2 sekarang ni apa pandangan muthu terhadap joyah? hmmm wallahualam. Semoga Allah swt bagi hidayah pada aku untuk aku jadi manusia yang baik di 'mata' Nya aminnnn


p/s: cerita ini hanyalah rekaan semata2.. tidak berkenaan dgn yg hidup atau mati.  TQ... SESAPE JGN PERASAN LEBIH OK...

2 comments:

  1. kesian muthu..nasib malang betul dia..tapi bagus lah dia usaha sendiri..buat joyah...lupa?..tak kan lah....

    ReplyDelete
  2. MUTHU MMG HEBAT!.. hidup muthu... ngeh.. ngeh.. ngeh... ;)

    ReplyDelete

Komen le lagi yer..

syma beauty skincare murah