21 June 2011

KURSUS

Hari ni  21 Jun 2011 sampai 23 Jun 2011 aku kena gi kursus kat Shah Alam. Pagi tadi Damia antar aku ngn encik papa. 

Aku: mlm ni dengan malam esok ya tido dgn papa dgn nenek tau. mama work tak balik (sambil tgk mata 
        dia)
damia: anak(taknak) (sambil geleng2 kepala dia)

mak ai sedih gile rasanye. Macam faham je apa aku ckp padahal baru 1 tahun 5 bulan. Aku peluk dia kuat2.. huwaaaaa sedih

Malam tadi dia muntah jenis tersembur tu 3 kali. Masa kali ke dua aku ok lg.. dia pun ok je leh main2. tp masuk kali ke 3 aku pun ajak encik  papa gi klinik. Atok dia pun tak senang duduk ikut sekali gi klinik. Alhamdulillah doc ckp perut dia masuk angin jek... so takde masalah besar lah... harap aku takda 3 hari ni dia ok jek. TQ pd mak n abah mertua yg jaga damia...

Dlm tgh hari ni aku gerak lah ke Shah Alam. So kalu abis 3 hari ni kursus, then cukupla untuk tahun ni. Pasni kalau tak gi kursus lg pun takpelah. Dah cukup 7 hari.

I MISS U ;(

17 June 2011

HAPPY BIRTHDAY EN. PAPA

Happy Birthday to u
Happy Birthday to u
Happy Birthday to papa sayang
HAPPY BIRTHDAY TO U..

wish u happy always, hope ur dreams come true. always love u. n tq coz be a great  hubby and papa. TQ FOR EVERYTHING.... malam ni nk celebrate apa ek... jeng jeng jeng... tungguuuuuuu surprise dari toncet, hikhikhik...

Aku sambung je lah kat sini. (21 Jun 2011)

Aku gi celebrate besday en. papa petang tu. Blk dari keje mandi, siap2 damia terus chow. Tanya encik papa dia nk kek tak, dia kata tak mo. So aku gi Kenny Rodgers je sbb en. papa suka makan ayam. Hadiah aku dh bg pun minggu lepas.. hikhikhik takde apa yg surprise pun. ahaks... Nanti aku masukkn picca coz kt dalam hpon en. papa.

ok chow ;) peace

Mari belajar bahasa si toncet aka damia

1) mama work - mama owk (mcm mama berak je bunyinye)
2) nak milk - nak mik
3) atok bakar sampah - atuk ampah
4) nenek masak - nek acak
5) koko crunch - opok (suka2 bg nama sendiri ni)
6) pampers - epesh
7) busuk - cuk sambil buat idung busuk
8) semua jenis kenderaan besar dia panggil bas, tak larat nak ajar dh. huhuhuhu
9) car - ka
10) motor - oto
dll lg...

suka sangat sebab banyak benda dia dah pandai cakap walau pun pelat atau hujung2 je.. tp okla.. kadang2 kita suruh buat apa atau ambik apa dia dh boleh faham. Alhamdulillah semoga dia selalu jadi anak yg baik. amin
luv you

16 June 2011

Tanggungjawab

“Setiap orang dari kamu adalah pemimpin, dan kamu bertanggungjawab atas kepimpinan itu”.(Hadith riwayat Shahih Bukhari – Muslim)

“Anda tidak boleh lari dari tanggungjawab hari esok dengan menghindarinya pada hari ini”.(Abraham Lincoln)


Berat rasanya aku nak cakap pasal benda ni sebab aku sendiri pun mungkin kadang2 payah nak pikul tanggungjawab.  apa itu lempar batu sembunyi tangan”?. ianya adalah Sebuah peribahasa yang bermaksud seseorang yang tidak berani bertanggungjawab atas perbuatannya sendiri, sehingga dia membiarkan orang lain menanggung beban tanggungjawabnya. Boleh juga diertikan sebagai seseorang yang lepas tanggungjawab, dan suka mencari “kambing hitam” untuk menyelamatkan dirinya sendiri dari perbuatannya yang merugikan orang lain.


Nape ek aku nak buat entry pasal ni? Hmmm sebenarnya saja suka2... Sebagai iktibar pada aku jugak.


situasi kat bawah ni bolehlah kita bagi contoh kepada nilai2 yang tiada sifat tanggungjawab.


Joyah dah pindah. dalam nota serah kerja, semua settle. Tapi bila muthu yang ganti tempat dia duduk kat situ baru lah segala tembelang joyah pecah. selama ni apa yang joyah buat ek? Sebab muthu kecoh dok cari fail yang lepas tapi tak jumpa. Joyah pulak tak pernah nak share kerja dia dengan orang lain. Bila Muthu  email joyah tanya tentang fail2 yang dikehendaki, joyah boleh cakap 'saya lupa'. 


Nasib baik Muthu tak menggelabah nak marah-marah tak tentu pasal. Dia dan kawannya pun terpaksa ikhtiar sendiri. So kesudahannya tak taulah dapat ke tak maklumat berkenaan fail tu.... ( mungkin dh jumpa mungkin belum sebab cite ni rekaan kan? kan? ;)


but kalau cerita kat atas ni betul2 kejadian korang boleh fikir tak agak2 sekarang ni apa pandangan muthu terhadap joyah? hmmm wallahualam. Semoga Allah swt bagi hidayah pada aku untuk aku jadi manusia yang baik di 'mata' Nya aminnnn


p/s: cerita ini hanyalah rekaan semata2.. tidak berkenaan dgn yg hidup atau mati.  TQ... SESAPE JGN PERASAN LEBIH OK...

syma beauty skincare murah