25 May 2011

Hari2 yang seronok dan beronok-ronok ;)

Amat best gi kerja lately ni because banyak benda yang dah 'clear'. Sib baik aku sempat menceritakan perkara sebenar beserta buktinya kepada my bos. Alhamdulillah. Bos2 lain yang sebelum ni taknak pandang muka disebabkan mungkin dah terdengar cerita dari 1 side but now dah senyum dan bergelak ketawa. Syukur! Kalau kita tak salah tak perlu nak takut dan menggelabah lebih. Lebih baik menjatuhkan hukuman tak bersalah pada orang yang bersalah daripada menjatuhkan hukuman bersalah pada orang yang tak bersalah.


Yang lagi best sesetengah orang suka menilai orang dari satu sisi sahaja. Cubalah nilai dari kedua2 sisi. InsyaAllah takkan silap membuat perhitungan atau keputusan. Ada jugak yang suka lebih sudu dari kuah. Contohnya Si minah bergaduh dengan si joyah tapi si ipah dan si peah pulak yang lebih2 tak nak tegur dan buat muka dengan si joyah sbb mereka best friend forever kepada si minah.Dahla dorang taknak bercakap dengan si joyah, dorang  pulak yang lebih2 pergi mengadu dekat bos atasan tentang si joyah. Sedangkan si ipah dengan si peah ni takdela tau sangat apa yang digaduhkan antara si minah dengan si joyah, hanya dengar cerita dari side si minah. Adilkah kepada si joyah? Nauzubillah harap2 Allah SWT jauhkan diri aku, anak dan keluarga dari perangai macam tu. Amin


Rasa lebih tenang sangat. Harap berterusan sampai bila2 mcm ni. Ingat best ke nak bermasam muka ngn orang? tak best langsung tau! Ada pegawai unit sebelah yang dulu kureng ngn aku  tp sejak 2, 3 kerat ni dah bla, sekarang dia dah ok. Aku pun tatau nape dulu dia camtu. Tapi ok la, mungkin ada hikmah yang tersembunyi.. Takpelah biar orang nilai kita buruk tapi Allah swt nilai kita baik. Kalau kita hidup berpura-pura pun tak guna jugak, tak tenang pun... Baik jadi diri sendiri lg best.. 


okla chow dlu... ;)

2 comments:

  1. kan best kalau datang keje sume muka manis....dia nak pikir ape lantak hati dia org....

    ReplyDelete
  2. yerszaaaa... lets enjoyyyyyyyyyyyyy... org lain nak muke suka hati dio lah..

    ReplyDelete

Komen le lagi yer..

syma beauty skincare murah