21 February 2011

JANGAN TAK TAU K...

Kepada yang masih SINGLE...


Cinta ibarat kupu-kupu.
Makin kau kejar, makin ia menghindar.
Tapi, bila kaubiarkan ia terbang, ia akan
menghampirimu di saat kau tak menduga.
Cinta mampu membahagiakanmu
tapi sering pula ia menyakiti,
Tapi cinta itu hanya istimewa
apabila kau berikan cinta
kepada seseorang yang layak menerima.
Kepada yang ragu-ragu dengan PERNIKAHAN...
Cinta bukannya mencari seseorang yang
"SEMPURNA", tetapi menemukan seseorang
yang mampu menjadikan dirimu sempurna.


Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL...

Jangan katakan "AKU CINTA PADAMU!"
bila kau tidak benar-benar peduli.
Jangan bicarakan soal perasaan
bila itu tidak benar-benar ada.
Jangan kau sentuh hidup seseorang
bila kau hanya berniat main-main dengannya.
Jangan menatap ke dalam mata seseorang
bila apa yang kau lakukan hanya pembohongan.
Hal paling kejam yg dilakukan ialah
membuat seseorang jatuh cinta,
seangkan kau tdk berniat langsung
"UNTUK MENERIMANYA" saat ia terjatuh.




Kepada yang PATAH HATI...


Sakit... luka… hancur.. patah hati...
bertahan selama kau menginginkannya
dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya.
Persoalannya, bukan bagaimana mengatasi rasa sakit itu,
tetapi adalah apa yang boleh diambil dan di hayati
sebagai pengajaran dan hikmahnya.

Kepada yang BELUM PERNAH JATUH CINTA...

Bagaimana kalau jatuh cinta?
Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jangan sampai terjerumus.
Biar selamba tapi stabil. Berkongsilah tetapi jangan tak adil.
Cubalah untuk memahami tetapi bukan bermakna
tidak boleh meminta apa2.
Bersedialah untuk terluka dan menderita,
tetapi jangan simpan semua rasa sakit
jika itu yang benar2 dialami.

Kepada yang ingin MENGUASAI...

Hatimu patah melihat orang yang kau cintai
berbahagia dgn org lain,
tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui
bahawa orang yang kau cintai ternyata
tidak bahagia dengan mu.

Kepada yang takut MENGAKUI...


Cinta menyakitkan bila anda
putuskan hubungan dengan seseorang.
Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang
memutuskan hubungan dengan mu.
Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila
Orang yang kau cintai langsung tidak
mengetahui perasaanmu terhadapnya.

Kepada yang masih bertahan

MENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI...


Hal menyedihkan dalam hidup ialah
bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta.
Kemudian akhirnya menyedari bahawa
dia bukanlah jodohmu dan kau telah
mensia-siakan masa bertahun-tahun
untuk seseorang yang tidak layak.
Kalau sekarang dia sudah tidak layak,
10 tahun dari sekarang pun dia tetap tak akan layak.

Biarkan dia pergi dan lupakan..

19 keistimewaan wanita menurut Hadis

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

Ilmu merupakan harta abstrak titipan Allah Subhanahu Wataala kepada seluruh manusia yang akan bertambah bila diamalkan, salah satu pengamalannya adalah dengan membagi-bagikan ilmu itu kepada yang memerlukan.

Janganlah sombong dengan ilmu yang sedikit, kerana jika Allah Subhanahu Wataala berkehendak ilmu itu akan sirna dalam sekejap, beritahulah orang yang tidak tahu, tunjukilah orang yang meminta petunjuk, amalkanlah ilmu itu sebatas yang engkau mampu.



Frenz.....No Frenzzzz.....U My Frenzzzzzz

KAREKTOR MANUSIA BERDASARKAN KENTUTNYA.

1. Orang TIDAK JUJUR
Orang yang kalau kentut lalu menyalahkan orang lain.

2. Orang BANGANG
Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.

3. Orang BERWAWASAN LUAS
Orang yang tahu bila harus kentut.

4. Orang SENGSARA
Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.

5. Orang MISTERIUS
Orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.

6. Orang GUGUP
Orang yang tiba-tiba menahan kentutnya bila tiba masa nak kentut.

7. Orang yang PERCAYA DIRI SENDIRI
Orang yang selalu mengira kalau kentutnya bau harum.

8. Orang SADIS
Orang yang kalau kentut di ranjang terus dikibaskan baunya ke ranjang
orang lain.

9. Orang PEMALU
Orang yang kalau kentut tidak bunyi tapi lalu merasa malu sendiri.

10.Orang yang STRATEGIK
Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa
terbahak-bahak biar
orang lain tidak dengar.

11.Orang BODOH
Orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk
mengganti kentutnya yang keluar.

12.Orang PELIK
Orang yang kalau kentut di keluarkan sikit-
sikit,sampai bunyi "tit-tit-tit"

13.Orang SOMBONG
Orang yang sering mencium kentutnya sendiri

14.Orang RAMAH
Orang yang senang mencium kentutnya orang lain.

15.Orang yang tidak senang BERGAUL
Orang yang kalau kentut sembunyi.

16.Orang AKUATIK
Orang kalau kentut di dalam air sampai bunyi
"blekuthuk-blekuthuk"

17.Orang ATLETIK
Orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.

18.Orang JUJUR
Orang yang mengaku kalau habis kentut

19.Orang PINTAR
Orang yang boleh menandai bau kentutnya orang
lain. Nak tambah...

20. Orang MALANG
Orang yang nak kentut tapi terkeluar taik....

ahakssss jgn marah k.. aku dpt dari email.. tp kalau korg baca betul2, mmg ada yg kene kan...? ;)

Faralia Nurdamia

Assalamualaikum n hai elo eberibodi..
hari ni aku nk cite pasal my only baby damia aka yaya... sebelum tu aku kenala cite bilanye aku kawin kan. bila lak damia ni timbul. ehekkksss.. okla aku nikah pd 24 oct 2008 dan bersanding pd tarikh beday aku yg ke 27 iaitu 25 october 2008. siankan dah tua. masa ni kawan2 aku yg kt kampung ramai yg dah kawin... tp kawan2 yg kat putrajaya masih ramai yg bujang. so takdelaa teruk sgt kan.

ni masa hari nikah

me n hubby

masa nyambut menantu at kuala pilah.

Alhamdulillah selamat jugak aku kawin masa tu even mcm2 berlaku pd malam aku nak nikah.. nanti next time aku cite pasal tu ek.

FARALIA

Aku nak mengandungkan dia pun byk benar dugaannya. sebelum aku ngandungkan dia, aku penah keguguran. masa tu kandungan aku baru 7 minggu. Aku ingat lg masa tu punyela happy tp kena gi kursus kat PD. balik dr PD tu aku keguguran. sedih tuhan je yg tau. tp alhamdulillah after 3 bln lepas tu tuhan bg damia kat aku.

dalam masa mengandungkan damia pun mcm2 jadi. Aku kena tahan kat Wad sebab uri kat bawah. mula2 masa umur dia 6 bln dlm kandungan aku duk 5 hari kt hospital. then masa dia 8 bulan aku kena duduk sebulan setengah sampai bersalinkan dia. gile betul. korg bayangkanlaa duduk kat wad. arghhhhh tensionn ya amat. sib baik en. adil dtg setiap hari tanpa mis. tq dear!

nanti lain kali aku sambung lg ek. kite cite pasal wad n hospital... ;)

18 February 2011

bulan bermasalah

Februari 2011.. hmmm bulan ni banyak betul masalah.. serabut jugak ni. mcm2 yg berlaku. yg sakit tu takpela.. dh mmg tuhan duga sakit. tp yg gatal cari masalah tu. aku malas nk sebut apa masalah yg satu tu.. tp aku pelik kite ni nape ek susah no nak berubah even dh mcm2 tuhan duga. aku harap sgt dugaan utk kali ni buat dia serik. jgn laa buat lg benda tu. kesian la pada org yg byk berjasa n byk berkorban pd ko.

Aku bersyukur sgt coz ma n abah aku tu takdela manjakan sgt kami adik beradik. mungkin tak dapek nk manja lebih2 sbb adik berdik pun berenyut ok. hahahahah duit pun masa tu cukup2 mkn jek. huwa2. kalaulaa dulu kitorg ni kaya raya apa yg nak dpt agaknya dh lama spoil dh aku ni. mak bapak pun kalau sayang anak  jgn laa diikutkan sgt.... rosak jadinya...



taraaaa tetiba aku attach pic anak aku si yaya... yaya dh 1 tahun 1 bulan 4 hari... heheheh nanti entry baru aku nak bukak story about my lovely doter yg notty ni... berbalik pada apa yg aku nk ckp td, jgn laa korg semua rosakkn anak korg dgn ikut je apa yg dorg nak.. aku pun harap tak jd mcm tu laa.. kite semua syg anak.. tp jgn sampai sayang kite tu merosakkan dia. nauzubillah.

betul ke kalau kite nak ajar anak kite kena tunggu dia dh umo like 5,6 tahun baru boleh nk marah, nk tegur kalau dia melawan?? ada laa hamba Allah tu ckp kt aku mcm tu... korg2 tolg bg jawapan yer....



taraaaa ini pulak pic kami.. one happy family...papa, mama n yaya... ;) tadak modal nk story mori... nnti kite sambung.. peace...


ikut apa kata hati: 2011 dengan blog

hello.. hello..
tetiba untuk tahun 2011 ni aku nak berblog la plak.. eceh. sebabnye aku tgk ramai dh org skrg ada blog sendiri. so dapat jugak aku mengasah bakat aku yg dah lama terendam ni... hehehehehe.. nanti bila yaya dah besar bolehla dia baca diari hidup mama dia... uhukk3. tp aku ni masih tak reti lg ni. takpe2 boleh belajar. harap2 adalaa yg sudi nk ajar aku... ok?? ok ke tak ok.. ahakss ;) peace

syma beauty skincare murah