18 October 2011

Actizen Foot mask - masalah tumit kaki merekah, kering, berbau

Ucapkan selamat tinggal pada kulit kaki kasar rasai perubahan dengan Actizen Foot mask (TANPA ASID SALICILIC) ! 

Mengandungi pelbagai jenis ekstrak tumbuhan dan kandungan keratin dapat melembapkan kulit seperti asid lactic, Actizen Foot mask amat berkesan menyingkirkan lapisan kulit keras berduri ditapak kaki disebabkan oleh rekahan kulit, kutil dan kematu.

Dapatkan semula anda kulit sehalus bayi, kulit kaki lebih menarik dengan 1 pemakaian. 



Kesan selepas kegunaan :

1. Kulit berduri (kulit mati) dari tapak kaki akan mula tanggal dalam masa 4 hingga 6 hari selepas menanggalkan mask

2. Semasa pengelupasan kulit terjadi, rendam kaki didalam air suam selama 30 minit. Pengguna boleh menggosok kaki bagi menanggalkan kulit mati 

3. Proses pengelupasan adalah normal, tidak memudaratkan dan dijangka akan hilang dalam masa beberapa hari.



















sesiapa yang berminat boleh call saya ;  03-88833462 
harga sepasang  rm 38 (tidak termasuk pos laju)

15 August 2011

Fadhilat Dan Kelebihan Berpuasa Di Bulan Ramadhan


Keutamaan Ramadan

Terdapat puluhan hadis Rasulullah saw yang menjelaskan tentang fadhilat dan keutamaan puasa di bulan Ramadhan, bukan sahaja untuk manfaat ummat Islam di akhirat kelak, malah ianya memberi faedah yang besar untuk kesihatan tubuh badan manusia di dunia ini.

Fadhilat dan Kelebihan Berpuasa Di Bulan Ramadan



  1. Pintu langit dibuka
  2. Pintu-pintu syurga dibuka
  3. Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga
  4. Orang yang berpuasa dimakbulkan permintaanya oleh Allah SWT
  5. Orang yang berpuasa mendapat 2 kegembiraan iaitu semasa berbuka dan apabila bertemu dengan Allah pada hari kiamat kelak
  6. Orang yang berpuasa mendapat peliharaan Allah Swt
  7. Orang yang berpuasa dengan sempurna dijanjikan mahligai yang indah di syurga
  8. Setiap kali sujud orang yang berpuasa, dikurniakan 1700 kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan 70,000 malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.

Amal Ibadah Di Bulan Ramadan

Dalam khutbah terakhir bulan Sya’ban untuk persediaan menghadapi bulan Ramadhan, Rasulullah saw telah memberi nasihat kepada ummat Islam supaya menyempurnakan amal ibadah sepanjang bulan ramadhan, antaranya ialah:
  • Solat sunat Tarawih
  • Solat-solat sunat yang lain
  • Bantu membantu sesama umat islam seperti bersedekah dan seumpamanya
  • Memberikan hidangan berbuka puasa
  • Banyakkan membaca tahlil
  • Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah swt
  • Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka
  • Banyakkan bersabar, kerana bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.
  • Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran, kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita.
Oleh itu marilah sama-sama kita berpuasa dengan seikhlas-ikhlasnya. Jangan kita hanya berpuasa, kerana ikut orang lain berpuasa atau kerana bapa kita puasa, maka kita juga kena puasa. Hayatilah kelebihan-kelebihan berpuasa, agar kita sempurna di dunia dan di akhirat.
Sumber : JAIS

12 August 2011

Wordless # Friday

tetiba rasa rindu kat arwah kakak ipar - alfatihah

10 August 2011

BELAJAR BERNIAGA

Cuba-cuba belajar berniaga untuk raya tahun ni. Seronok jugak.. alhamdulillah kuih tu hampir 90 balang jugak diorder. Kuih ni kalau orang biasa makan mereka akan tanya made in mana... kalau Kedah memang orang akan beli sebab biasanya kuih ni dibuat di kedah. Aku memang order kuih ni dari Kedah.

Kat sini aku letakkan sikit butir2 berkenaan kuih ni yer kawan2.

Ramuan


           Ikan Bilis, Tepung Gandum, Cili, Bawang, Minyak Masak dan Garam

Kandungan Nutrien Dalam100 gram

Tenaga : 449 kalori   Karbohidrat : 58g   Protien : 15g  Lemak : 19g

Pssstttttt memang sedap tau... hehehehe tak rugi beli.. ;)

350g dalam 1 balang





25 July 2011

KUIH PINTAL BILIS


Sedap, enak, rangup. Rasa bilis dalam tepung.


Hai kawan-kawan. sape yang nak order kuih ni untuk raya bolehla call saya yer. Msg pun boleh. 


zera - 03-88833462 


Sebalang - RM12 (350g)
3 balang - 1.05kg - RM35


Kawasan Putrajaya, Kajang, Bangi. 
Kalau di luar kawasan saya boleh pos tapi kos anda tanggung yer.

18 July 2011

SUNTIK UNTUK 1 TAHUN 6 BULAN


Pada 14/7/11 haritu genaplah umur Faralia Nurdamia 1 tahun 6 bulan. Pejam celik pejam celik dah besar dah toncet mama. Alhamdulillah! So pagi tadi mama dengan encik papa bawak dia pergi klinik untuk check up. Mama boleh lupa plak hari ni Damia kena inject. Mula2 masa timbang, check tinggi n jumpa nurse ok lagi. Sekali kena masuk bilik injection, dia dah start menangis. Alahai sodihnye tengok muka dia.. Puas lak memujuk. pas kena inject tu lagi la kuat dia nangis tapi nasib baik kejap je lah. Then lebih kurang 9.15am dh balik. Klinik dekat je dengan umah.

Kat bawah ni aku nak cite sikit pasal Vaksin yang diambil tu.


Vaksin yang wajib diambil mengikut saranan kementerian 
BCG - dos pertama ketika lahir

Hepatitis B - dos pertama ketika lahir, dos kedua selepas sebulan dan dos ketiga selepas 5 bulan
DTP - dos pertama selepas 2 bulan, dos kedua selepas 3 bulan dan dos ketiga selepas 5 bulan
Polio (OPV) - dos pertama selepas 2 bulan, dos kedua selepas 3 bulan dan dos ketiga selepas 5 bulan
Hib - dos pertama selepas 2 bulan, dos kedua selepas 3 bulan dan dos ketiga selepas 5 bulan
Measles-mumps-rubella - dos pertama selepas 12 bulan, dos kedua selepas 6 tahun
Penyakit yang dapat dielak dengan vaksinasi
1. Tuberculois (TB ) – penyakit merebak melalui udara seperti bersin, batuk dan pernafasan. Ia menyebabkan masalah pada paru-paru dan mungkin juga memberi kesan pada tulang dan meninges(otak)
2. Hepatitis B - penyakit hati merebak daripada darah atau cecair badan lain seperti air liur, air kencing. Ia menyebakan kerosakan hati dan dalam jangka panjang boleh menjadi kanser.
3. Diphtheria – memberi kesan kepada sistem pernafasan disebabkan bacterium yang merebak melalui batuk dan bersin. Ia akan menghasilkan toksin yang menyebabkan komplikasi terhadap kegagalan jantung dan paralysis.
4. Tetanus (kancing gigi) – bakteria yang masuk ke badan akibat luka dalam, gigitan binatang, efeksi telinga, gigi dan tali pusat bayi atau calar yang kecil. Ia juga dikenali sebagai kancing gigi kerana gusi akan terkancing dan perlu rawatan di hospital. Jika tidak dirawat boleh menyebabkan kematian
5. Pertussis (batuk whooping) – bakteria mudah merebak melalui sentuhan, batuk dan bersin. Boleh menyebabkan keradangan pada paru-paru.
6. Polio – disebabkan oleh virus polio yang boleh merebak daripada mereka yang menghidapnya atau melalui makanan dan minuman yang tercemar. Ia boleh menyebabkan sakit otot dan lumpuh.
7. Penyakit haemophilus influenza jenis B (Hib) – disebabkan bakteria dipindahkan melalui udara. Jika paru-paru atau saluran darah tercemar, ia akan menyebabkan keradangan pada otak (meningitis)
8. Measles – disebabkan oleh virus yang disebarkan melalui pernafasan, batuk atau bersin. Menyebabkan keradangan paru-paru dan otak. Wanita mengandung juga perlu berhati-hati dengan penyakit ini kerana boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pra matang.
9. Mumps – disebabkan oleh virus dari keluarga virus paramyxo. Mudah tersebar melalui udara. Boleh menyebabkan keradangan otat, pekak atau kematian.
10. Rubella (german measles)– merebak melalui udara sama ada batuk, bersin atau pernafasan. Wanita mengandung juga perlu berhati-hati dengan penyakit ini kerana boleh menyebabkan komplikasi ketika mengandung.

ambil kt sini nonaku.com

04 July 2011

GEAR

Di sebuah bengkel membaiki motosikal milik Ah Seng.

Pak Cik : Ah Seng, hang tolong tengok motor aku. Aku baru beli bulan lepas, dah mula rosak.

Ah Seng : Aiyaa...Ini balu punya motosikal, sudah kasi losak ka.

Pak Cik : Ya la, Ah Seng. Talak guna punya tawkeh kedai jual motor. Dia bikin tipu la Ah Seng.

Ah Seng : Kenapa lu kata itu macam?

Pak Cik : Ini motor ada EMPAT gear, baru satu bulan aku guna GEAR SATU dan rosak. 

Ah Seng : Kenapa lu guna satu gear sahaja.

Pak Cik : Hang pun nak tipu aku jugak ke... Kalau guna semua gear nanti semua gear akan rosak. Jadi aku guna satu je gear sebulan ...

Ah Seng : Guna satu gear saja satu bulan ka ...

Pak Cik : Ya la ... pergi baiki gear satu dulu. Gear dua aku nak guna tahun depan..

02 July 2011

UBAT KURUS

Seorang wanita yang sangat gemuk pergi berjumpa doktor.
Wanita: “Dok, ubat apa yang harus saya minum supaya boleh kurus?” 


Doktor: “Oh, anda tidak perlu minum ubat, cukup geleng-geleng kepala saja!”


Wanita: “Bila saya harus geleng-geleng kepala dok? Pagi, siang, petang, atau malam?”


Doktor: “Cukup ketika ada orang yang mempelawa anda makan saja!”


01 July 2011

KASIH IBU

Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" ibu muda yang baru bersalin itu
bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat.

Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu.Si ibu
menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah 
comel
itu, ciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada di pangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak
sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat
bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.

Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti 
sehingga
bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan
pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu...

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu
yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu
bagaimana dia ejek rakan-rakan. "Mereka kata saya cacat," katanya 
kepada
si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat.
Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang
pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak
tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak-kanak
itu bertemu doktor. "Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,"
kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang
sanggup berkorban.

Setahun berlalu...

"Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah
mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan," kata
si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai
manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa
rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok,
bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an,
si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

"Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah 
penderma
telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak
berkali-kali."Tak mungkin," balas si ayah. "Perjanjian antara ayah
dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba."
"Bila?" tanya si anak.

"Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya
mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun
lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi 
keranda
ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping
telinga ibunya tiada.

"Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke
telinga anaknya. "Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia
tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang
pernah ayah temui. Tak percaya... tanyalah pada sesiapa pun 
kenalannya."


Ps : Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati.
Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi
pengorbanan tanpa diketahui.


Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa
minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan
bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah SYURGA DI BAWAH
TELAPAK KAKI IBU, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi
hayatnya ada, curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya, 'love u mom'

credit to email yahoo..

21 June 2011

KURSUS

Hari ni  21 Jun 2011 sampai 23 Jun 2011 aku kena gi kursus kat Shah Alam. Pagi tadi Damia antar aku ngn encik papa. 

Aku: mlm ni dengan malam esok ya tido dgn papa dgn nenek tau. mama work tak balik (sambil tgk mata 
        dia)
damia: anak(taknak) (sambil geleng2 kepala dia)

mak ai sedih gile rasanye. Macam faham je apa aku ckp padahal baru 1 tahun 5 bulan. Aku peluk dia kuat2.. huwaaaaa sedih

Malam tadi dia muntah jenis tersembur tu 3 kali. Masa kali ke dua aku ok lg.. dia pun ok je leh main2. tp masuk kali ke 3 aku pun ajak encik  papa gi klinik. Atok dia pun tak senang duduk ikut sekali gi klinik. Alhamdulillah doc ckp perut dia masuk angin jek... so takde masalah besar lah... harap aku takda 3 hari ni dia ok jek. TQ pd mak n abah mertua yg jaga damia...

Dlm tgh hari ni aku gerak lah ke Shah Alam. So kalu abis 3 hari ni kursus, then cukupla untuk tahun ni. Pasni kalau tak gi kursus lg pun takpelah. Dah cukup 7 hari.

I MISS U ;(

17 June 2011

HAPPY BIRTHDAY EN. PAPA

Happy Birthday to u
Happy Birthday to u
Happy Birthday to papa sayang
HAPPY BIRTHDAY TO U..

wish u happy always, hope ur dreams come true. always love u. n tq coz be a great  hubby and papa. TQ FOR EVERYTHING.... malam ni nk celebrate apa ek... jeng jeng jeng... tungguuuuuuu surprise dari toncet, hikhikhik...

Aku sambung je lah kat sini. (21 Jun 2011)

Aku gi celebrate besday en. papa petang tu. Blk dari keje mandi, siap2 damia terus chow. Tanya encik papa dia nk kek tak, dia kata tak mo. So aku gi Kenny Rodgers je sbb en. papa suka makan ayam. Hadiah aku dh bg pun minggu lepas.. hikhikhik takde apa yg surprise pun. ahaks... Nanti aku masukkn picca coz kt dalam hpon en. papa.

ok chow ;) peace

Mari belajar bahasa si toncet aka damia

1) mama work - mama owk (mcm mama berak je bunyinye)
2) nak milk - nak mik
3) atok bakar sampah - atuk ampah
4) nenek masak - nek acak
5) koko crunch - opok (suka2 bg nama sendiri ni)
6) pampers - epesh
7) busuk - cuk sambil buat idung busuk
8) semua jenis kenderaan besar dia panggil bas, tak larat nak ajar dh. huhuhuhu
9) car - ka
10) motor - oto
dll lg...

suka sangat sebab banyak benda dia dah pandai cakap walau pun pelat atau hujung2 je.. tp okla.. kadang2 kita suruh buat apa atau ambik apa dia dh boleh faham. Alhamdulillah semoga dia selalu jadi anak yg baik. amin
luv you

16 June 2011

Tanggungjawab

“Setiap orang dari kamu adalah pemimpin, dan kamu bertanggungjawab atas kepimpinan itu”.(Hadith riwayat Shahih Bukhari – Muslim)

“Anda tidak boleh lari dari tanggungjawab hari esok dengan menghindarinya pada hari ini”.(Abraham Lincoln)


Berat rasanya aku nak cakap pasal benda ni sebab aku sendiri pun mungkin kadang2 payah nak pikul tanggungjawab.  apa itu lempar batu sembunyi tangan”?. ianya adalah Sebuah peribahasa yang bermaksud seseorang yang tidak berani bertanggungjawab atas perbuatannya sendiri, sehingga dia membiarkan orang lain menanggung beban tanggungjawabnya. Boleh juga diertikan sebagai seseorang yang lepas tanggungjawab, dan suka mencari “kambing hitam” untuk menyelamatkan dirinya sendiri dari perbuatannya yang merugikan orang lain.


Nape ek aku nak buat entry pasal ni? Hmmm sebenarnya saja suka2... Sebagai iktibar pada aku jugak.


situasi kat bawah ni bolehlah kita bagi contoh kepada nilai2 yang tiada sifat tanggungjawab.


Joyah dah pindah. dalam nota serah kerja, semua settle. Tapi bila muthu yang ganti tempat dia duduk kat situ baru lah segala tembelang joyah pecah. selama ni apa yang joyah buat ek? Sebab muthu kecoh dok cari fail yang lepas tapi tak jumpa. Joyah pulak tak pernah nak share kerja dia dengan orang lain. Bila Muthu  email joyah tanya tentang fail2 yang dikehendaki, joyah boleh cakap 'saya lupa'. 


Nasib baik Muthu tak menggelabah nak marah-marah tak tentu pasal. Dia dan kawannya pun terpaksa ikhtiar sendiri. So kesudahannya tak taulah dapat ke tak maklumat berkenaan fail tu.... ( mungkin dh jumpa mungkin belum sebab cite ni rekaan kan? kan? ;)


but kalau cerita kat atas ni betul2 kejadian korang boleh fikir tak agak2 sekarang ni apa pandangan muthu terhadap joyah? hmmm wallahualam. Semoga Allah swt bagi hidayah pada aku untuk aku jadi manusia yang baik di 'mata' Nya aminnnn


p/s: cerita ini hanyalah rekaan semata2.. tidak berkenaan dgn yg hidup atau mati.  TQ... SESAPE JGN PERASAN LEBIH OK...

25 May 2011

Naughty kiss / playful kiss korean drama



















Alamak aku sekarang gile tgk cite ni la. Naughty kiss/playful kiss. Nantilah aku wat sinopsis. kite layan gambar dlu k.. 

Hari2 yang seronok dan beronok-ronok ;)

Amat best gi kerja lately ni because banyak benda yang dah 'clear'. Sib baik aku sempat menceritakan perkara sebenar beserta buktinya kepada my bos. Alhamdulillah. Bos2 lain yang sebelum ni taknak pandang muka disebabkan mungkin dah terdengar cerita dari 1 side but now dah senyum dan bergelak ketawa. Syukur! Kalau kita tak salah tak perlu nak takut dan menggelabah lebih. Lebih baik menjatuhkan hukuman tak bersalah pada orang yang bersalah daripada menjatuhkan hukuman bersalah pada orang yang tak bersalah.


Yang lagi best sesetengah orang suka menilai orang dari satu sisi sahaja. Cubalah nilai dari kedua2 sisi. InsyaAllah takkan silap membuat perhitungan atau keputusan. Ada jugak yang suka lebih sudu dari kuah. Contohnya Si minah bergaduh dengan si joyah tapi si ipah dan si peah pulak yang lebih2 tak nak tegur dan buat muka dengan si joyah sbb mereka best friend forever kepada si minah.Dahla dorang taknak bercakap dengan si joyah, dorang  pulak yang lebih2 pergi mengadu dekat bos atasan tentang si joyah. Sedangkan si ipah dengan si peah ni takdela tau sangat apa yang digaduhkan antara si minah dengan si joyah, hanya dengar cerita dari side si minah. Adilkah kepada si joyah? Nauzubillah harap2 Allah SWT jauhkan diri aku, anak dan keluarga dari perangai macam tu. Amin


Rasa lebih tenang sangat. Harap berterusan sampai bila2 mcm ni. Ingat best ke nak bermasam muka ngn orang? tak best langsung tau! Ada pegawai unit sebelah yang dulu kureng ngn aku  tp sejak 2, 3 kerat ni dah bla, sekarang dia dah ok. Aku pun tatau nape dulu dia camtu. Tapi ok la, mungkin ada hikmah yang tersembunyi.. Takpelah biar orang nilai kita buruk tapi Allah swt nilai kita baik. Kalau kita hidup berpura-pura pun tak guna jugak, tak tenang pun... Baik jadi diri sendiri lg best.. 


okla chow dlu... ;)

16 May 2011

Selamat Hari Guru

Owh yer hari ni 16 Mei , Hari Guru bagi setiap tahun. Jasa guru kepada kita rasanya tak ternilai walau dgn harta benda atau wang ringgit. Tanpa guru tak adalah doktor, tak adalah peguam, takdalah hakim... betul tak? So kepada semua guru di seluruh dunia Selamat Hari Guru. Semoga hidup diberkati Allah swt selalu. Ingat kan nak bagi kat semua cikgu saya ini..............................................................................
v
V
V
v
v
v
v
v
v
v
v
vv
v
v

v
v
v
v
v
vv

v
v

tapi hanya ini yang mampu......................................
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
itu pun hanya dalam gambar ek.. huhuhuuu

ADIK NIKAH + MALAM BERINAI

Pada 30 April yang lepas adik pompuan aku telah melangsungkan pernikahannya. Laki dia org Senawang so dekat je lah. Jom layan pic..













 SEMOGA BERBAHAGIA DUNIA AKHIRAT. DAMIA NAK KAWAN... heheheeh.. Kualiti pic tak bagus sbb kamera yang ni tak best. Nanti aku upload masa hari sanding plak... bye

09 May 2011

Selamat Hari Ibu....

Salam semua.. hari ni kite nak cakap pasal Hari Ibu yer Murid2. Hehehe.. mood aku happy banget. Ingatkan semalam takde orang nak wish kat aku. Dah lah dari petang sabtu aritu kepala aku sakit rasa nak pecah jek. yerla gi ngantar adik aku kat rumah laki dia kek senawang, negeri sembilan. Pastu berarak tengah2 hari buta. Ya Allah panas ya amat. Sib baik si masam aku tu tak demam. dia tu dah la jarang kena panas.. 

Berbalik kepada tajuk entry kita hari ni adik2.. Petang semalam my lucky cakap nak keluar ada keje. Aku mula-mula rasa tension gak, yerla lucky aku ni time hari minggu pun nak kuar. tapi dengan muka kelat2 masam biarkan je laa dia keluar. dah ada kerja nak buek camno.. macam laa kalau aku tak bagi, dia tak akan keluar.. hahhaha..

Nak dekat maghrib dia balik.. sambil bawak...............................
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

v
v
v
v

v
v
v
v
v
v

v
v
huwaa rasa terharu sebab lucky aku bukan jenis yang jiwang karat. masa birthday pun payah nak dapat bunga. Biasanya dia bagi duit je then suka ati ko la nak beli apa. Mayb sebab dia amat menghargai aku yang dah bertarung nyawa lahirkan anak dia,walaupun hanya dengan sekuntum bunga tapi ianya satu penghargaan yang amat bermakna bagi aku. tq my dearie.. opsss my mother in law pun dapat jugak. heheheh lagi satu dapat makan ini..
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

v
v
v

my favourite cake.. tq.. tq very much.

So kepada semua yang bergelar Ibu.. selamat hari ibu. Jasa kalian tidak dapat dibalas dengan harta benda dan wang ringgit. bersyukurla anda semua kerana mampu menjadi ibu. coz tak semua orang bernasib baik...

p/s:
i)kepada puan zah, selamat hari ibu, bagi saya, awak adalah ibu yang terbaik dalam dunia ini,walaupun awak sangat brutal dan garang... hehehe tapi amat sporting dan penyayang. yer tak abang2 dan adik2 ku???? hehehehe
ii)kepada ibu mertuaku, awak juga adalah yang terbaik. terima kasih kerana menjadikan suami saya seperti yang saya punyai sekarang.

syma beauty skincare murah